24 Jun 2015

Nari! Nari! Untuk Rakyat Malaysia

Terbit pada 8 Oktober 2015 dalam jumlah cetakan terhad.

Cetakan 2023: [klik di sini]

Makluman awal mengenai cadangan penerbitan buku Nari! Nari! – Kumpulan Cerita Rakyat India ada saya catatkan di blog pada 9 Mac 2015. [BOLEH DIBACA DI SINI]

Buku ini memuatkan sembilan cerita rakyat India yang sesuai bagi bacaan kanak-kanak dan murid-murid pelbagai kaum, agama, etnik, latar belakang dan pendidikan di Malaysia. Golongan ibu bapa, guru, remaja dan dewasa juga mampu terhibur membaca kisah-kisah yang disajikan.

Sebagaimana buku-buku saya sebelum ini – Panchayat: Edisi KhasKisah Dari Siru KambamHanuman: Suara HatiPulau Pendatang – penerbitan buku cerita rakyat ini mendapat sokongan dan bantuan daripada orang ramai. Hasil sumbangan menerusi tempahan awal berbayar digunakan untuk menampung sebahagian kos mencetak buku ini dalam jumlah cetakan terhad.

Judul: Nari! Nari!
Kategori: Cerita Rakyat India
Bahasa: Bahasa Malaysia
Diceritakan semula oleh: Uthaya Sankar SB
Lukisan oleh: Teh Hun Yi (Exact Publisher)
Tebal: 200 halaman (tidak termasuk prelim)
Harga pasaran: RM20.00 senaskhah (tidak termasuk kos PosLaju)
Jumlah cetakan: 1,000 naskhah sahaja
Baki stok: 0 naskhah (pada 24 April 2016)

Pelancaran: 18 Oktober 2015 (sempena Bengkel Penulisan Cerpen) - MAKLUMAT DI SINI 

Sketsa: Persembahan sketsa dua cerita daripada buku ini oleh dua kumpulan kanak-kanak pada 27 September 2015 - MAKLUMAT DI SINI 

Nama para penyumbang yang melakukan tempahan awal berbayar sehingga 27 September 2015 sahaja dicetak di dalam buku Nari! Nari! sebagai tanda penghargaan. [SENARAI PENYUMBANG]

Setiap naskhah ditandatangani. Buku tanpa tandatangan saya tandatangan hidup adalah cetakan haram yang diedarkan tanpa pengetahuan saya.

Buku ini diterbitkan dalam jumlah cetakan terhad (1,000 naskhah sahaja). Setiap buku akan dicatatkan nombor siri (001-999)

Terima kasih kepada setiap individu yang telah sudi membantu bagi menjayakan projek penerbitan ini dengan hati yang ikhlas. Terima kasih juga kerana sudi mempromosikan penerbitan buku ini kepada rakan-rakan, saudara-mara dan rakan sekerja yang mungkin tercari-cari bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia untuk kanak-kanak.

Buku Nari! Nari! memuatkan sembilan (9) buah cerita rakyat India yang diceritakan semula menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah difahami kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia.

Lima (5) daripada cerita rakyat ini menampilkan watak utama seekor serigala yang bernama Nari. Ketahuilah kisah bagaimana Nari yang bijak dan licik mendapat nama Thandira Nari. Baca juga: A Cunning Wolf Called Nari. Baca juga: Sinopsis Cerita. Baca juga: Komen Rakan-rakan. Lihat juga: Senarai Penyumbang Budiman. Baca juga: Bahagian Pengenalan. Pilihan lain: Pembelian Berpakej

Pertanyaan: Hubungi uthayasb@gmail.com atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan.