21 Jun 2015

Kisah Macai Macam Satees

Sejak cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat, nama Datuk Ahmad Maslan turut mula terkenal dan menjadi sebutan ramai.

Nama itu mula dikaitkan dengan kebodohan, kebangangan dan ketololan berikutan tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sesungguhnya berunsur bodoh dan bangang.

Ahmad Maslan bukan lagi menjadi nama khas milik seorang individu. Sebaliknya, suatu istilah yang merujuk kepada sesiapa sahaja yang mempamerkan kebodohan, ketololan dan kebangangan secara nyata.

Dalam kumpulan faksyen Pulau Pendatang (Mei 2015), saya menggunakan peribahasa moden “bangang macam menteri” serta ditulis sebagai #BangangMacamMenteri di media sosial.

Ahmad Maslan dan para menteri tidak berhak mempersoalkan peribahasa itu kerana ia tidak lagi merujuk secara khusus dan khas kepada mereka secara peribadi.

Sekadar perbandingan, seekor lembu yang memiliki tahap IQ melebihi rata-rata menteri kabinet pun tidak boleh mempersoalkan mengapa kita berkata “bodoh macam lembu”.

Seseorang juga tidak perlu menjadi menteri untuk “layak” dikaitkan dengan peribahasa “bangang macam menteri”. Mereka hanya perlu mempamerkan tahap kebangangan menyamai objek yang dijadikan perbandingan. – [Rujuk makalah bertajuk “Bangang Macam Menteri” untuk huraian lanjut.] [Baca juga: Dungu Macam Patriots]

Dalam perkembangan terkini, suatu lagi peribahasa moden yang semakin mendapat tempat adalah “macai macam Satees” dan ditulis sebagai #MacaiMacamSatees di media sosial. [Makna macai] [Definisi macai]

Untuk rekod, walaupun peribahasa ini lahir berikutan kemacaian hebat dan tahap gaban yang ditunjukkan secara konsisten oleh seorang Ahli Majlis DAP, tetapi ia tidak lagi merujuk secara khusus kepada si empunya nama.


Daripada Ramasamy Kepada Satees

Semuanya bermula baru-baru ini apabila P. Ramasamy (DAP) mengeluarkan suatu kenyataan #BangangMacamMenteri di Twitter, kononnya sarung merupakan pakaian Islam.

“Sarong measure is not a slip, but a deliberate and systematic attempt to impose Islamic dress code on non-Muslims!” Demikian kandungan twit pada 8.39 pagi, 10 Jun 2015.


Selepas saya bertanya benarkah dia menyekat (block) sesiapa yang mengkritik kenyataannya, Ramasamy menyahaktifkan (deactivate) akaun Twitter miliknya.

Selepas itu, bermula 5.24 petang, 12 Jun 2015, seorang individu bernama Satees Muniandy (Ahli Majlis Seberang Perai) mula menyerang saya di Facebook.

“Kita tahu you memang suka untuk menunjukkan you seorang yang suka ‘please the majority’ [Malays]. … Someone please tag him!” Demikian paparan pertama Satees yang sampai ke pengetahuan saya.

Menerusi paparan susulan (12 Jun 2015, 5.49 petang), Satees menggelarkan saya sebagai “Sarong Warrior” dan “We know people like Uthaya Sankar prefers to please the majority”.


Menerusi satu twit, Satees menulis “@uthayasb is a #Sarong Warrior!” (Sedih sungguh kerana macai itu tidak tahu cara betul menggunakan hashtag.)

Untuk rekod, macai ini hanya muncul untuk menyalak dan melakukan serangan siber selepas saya menegur sikap #BangangMacamMenteri yang dipamerkan oleh Ramasamy.


Pada 7.53 pagi, 14 Jun 2015, Satees memaparkan foto yang kononnya menunjukkan biodata saya di laman Wikipedia. Kandungan paparannya itu merupakan maklumat palsu yang secara terang-terangan bertujuan memfitnah dan memalukan saya sebagai seorang individu.

“We Will Expose This Guy’s Real Intention”

Anehnya, kandungan pada foto yang dipaparkannya itu tidak wujud di Wikipedia walaupun Satees mengaku “I was looking for @Uthaya Sankar SB in Wikipedia and look at the result that I got!”


Maka, untuk mendedahkan perbuatan macai ini yang ternyata otaknya di lutut dan mulutnya di dubur, saya mengeluarkan suatu kenyataan media yang turut disiarkan di Kuala Lumpur Post.

[Perhatikan IP yang digunakan dan tarikh penyuntingan]
Saya menegaskan bahawa kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah berusaha menyunting entri Wikipedia itu dengan niat memfitnah saya serta menjatuhkan maruah saya di mata orang ramai.

[Dei! Mana mau lari?]
Kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah mengambil foto paparan laman Wikipedia yang sedang/telah disuntingnya itu dan dia sendiri telah berkongsi foto itu di Facebook bagi mencemarkan maruah saya serta memfitnah saya.

[Selain menyunting entri Uthaya Sankar SB pada 13 Jun 2015, IP sama menyunting entri sebuah filem pada 6 Oktober 2015]

Macai DAP itu tidak hanya berhenti setakat itu. Satees turut cuba memutar-belit kandungan makalah-makalah yang saya hasilkan sebelum ini serta tersiar di pelbagai portal berita dalam talian.

Misalnya, dia berkongsi beberapa makalah tulisan saya berkaitan ajaran Hindu menerusi Facebook pada 14 Jun 2015, 3.29 petang berserta catatan “he wants to get the attention of the majority people [Malays]” dan “We will expose this guy’s real intention in writing such articles!”


Satees juga menulis komen di Facebook: “Uthaya Sankar SB, semua tahu kamu running dog ‘majoriti’ [Melayu] yang sentiasa mahu ‘menyenangkan’hati mereka.”

Macai yang suka menyalak ini juga berjanji pada 12.48 tengah hari, 15 Jun 2015 bahawa dia “akan membuat satu laporan polis” serta “mengarahkan peguam untuk menyamannya!”

Pada pukul 6.15 petang hari yang sama, macai itu mengesahkan menerusi komen di Facebook bahawa dia sudah membuat laporan polis dan “Will follow up with legal notice next”.

Macai PRU-13 Kembali Aktif Menyalak

Laporan polis yang kandungannya kebudak-budakan itu pun terpaksa dibuatnya selepas saya mengasak secara berterusan sehingga akhirnya dia tepaksa bertindak menurut telunjuk saya!

Petikan kandungan laporan: “Antara perkataan-perkataan yang digunakan olehnya [Uthaya] ke atas saya adalah seperti berikut: Satees Muniandy memang otaknya di lutut dan mulutnya di dubur; anjing-anjing bodoh seperti Satees Muniandy; macai; Satees Muniandy menyalak.”

Sehingga makalah ini ditulis, belum ada sebarang notis (legal notice) diterima daripada mana-mana peguam. Datuk Ambiga Sreenevasan dan Shanker Sundaram selaku peguam saya masih menunggu “legal notice” yang dijanjikan.

Sementara itu, seperti yang dapat dijangkakan, salakan Satees sudah berhenti. Mungkin Ramasamy sudah memintanya menutup mulut.

Secara amat kebetulan pula gerombolan anjing-anjing lain yang merupakan “sahabat” Satees di Facebook mula melolong. [Ikuti Kronologi Kejadian DI SINI]

Bagaimanapun, memandangkan mereka rata-rata adalah macai, anjing kurap dan cybertroopers yang menggunakan akaun Facebook palsu, tahap kebangangan dan kemacaian mereka sama sahaja dengan Satees.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa nada mereka hampir sama dengan nada serangan dan fitnah yang disebarkan oleh Satees. Seolah-olah mereka berguru kepada Satees – atau kesemua mereka adalah split personality kepada Satees sendiri.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa kesemua akaun macai-macai berkenaan aktif semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013) tetapi senyap selepas itu.

Kesemuanya kembali aktif secara tiba-tiba selepas Satees sudah tidak mampu mempertahankan dirinya. Dia terpaksa menutup mulut dan dubur selepas termakan umpan yang saya pasang di Facebook.

Kelompok macai yang bangang, bodoh serta otak di lutut dan mulut di dubur menuduh saya sebagai majority pleaser, penyokong Umno, penyebar Islam, anti-India, anti-Hindu, anti-Cina, anti-Kristian dan sebagainya yang memang kelakar.

Macai Bantu Promosi Pulau Pendatang

Puak macai yang kelihatan seolah-olah senada dengan Satees telah mencipta dan menyebarkan berita-berita palsu, kerana tidak ada apa-apa fakta untuk dijadikan senjata.

Kononnya saya telah cuba merogol seorang kanak-kanak berumur 10 tahun di flat Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Seksyen 8, Kota Damansara. Macai yang menulis “berita” itu turut menggelarkan saya sebagai “This writer who only writes positive things about BN.”

Masih ingat kenyataan “We will expose this guy’s real intention in writing such articles!” yang disebut oleh Satees pada 14 Jun 2015? Tidak mustahil bahawa macai-macai inilah yang dimaksudkan dengan “we” (kami).

Setiap perkara yang disebarkan oleh macai-macai dan juak-juak itu hanya mempamerkan kebangangan, ketololan, kebodohan dan kemacaian tahap gaban.

Sikap yang pada mulanya hanya ditunjukkan oleh Satees, kemudian mula ditunjukkan oleh macai-macai lain yang sama sahaja tahap intelektualiti dengan dirinya.

Salah satu “kejayaan” terbesar puak #MacaiMacamSatees adalah apabila keghairahan menyebarkan fitnah dan berita palsu mengenai saya dan hasil penulisan saya, mereka sebenarnya membantu mempromosi buku-buku saya.

Misalnya, mereka berkempen meminta kaum Cina dan India memboikot kumpulan faksyen Pulau Pendatang yang kononnya menghina “kaum pendatang”.

Kononnya buku itu mengagung-agungkan Melayu dan Islam. Akibat daripada kempen bangang yang puak itu lakukan, semakin ramai orang berminat membeli dan membaca buku saya! [CONTOH SATU] [CONTOH DUA] [CONTOH TIGA]

Atas sebab itulah, walaupun “Satees” pada asalnya nama seorang macai politik (Ahli Majlis DAP dan juga orang kuat Ramasamy), kini peribahasa moden #MacaiMacamSatees menjadi suatu istilah politik yang membawa makna “macai bangang yang otaknya di lutut, mulutnya di dubur”.


Puak #MacaiMacamSatees jugalah yang bakal merosakkan nama baik DAP jika pimpinan tertinggi parti terus membiarkan orang-orang seperti Satees bermaharajalela. [Lihat juga - Penemuan Pada 19 April 2018]

[Makalah ini ditulis pada 18 Jun 2015 dan disiarkan di Kuala Lumpur Post pada 19 Jun 2015. BACA CATATAN BERKAITAN DI SINI. Baca juga: Dungu Macam Patriots© Uthaya Sankar SB 2015. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan mana-mana blog kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]